Wanita Bijak Mengurus Wang

Penulis: Afyan Mat Rawi, IFP | Haslieyza Mutalib
Terbitan : PTS

RM35.00

RM31.50

Makluman & Disclaimer: Tempahan akan diproses dalam masa 3 hari waktu bekerja No. tracking akan dihantar ke email. Ia akan di POS ke alamat yang anda masukkan. Pihak INFAQ Consultancy tidak akan bertanggungjawab jika anda salah memasukan alamat.

Panduan Bijak Untuk Wanita Dalam Menguruskan Wang

"..Kebebasan Kewangan Menanti Anda.."

Di Malaysia, statistik daripada Indeks Jurang Jantina Malaysia 2022 menunjukkan wanita menerima gaji yang lebih rendah berbanding lelaki. Ini sangat mengejutkan kerana berdasarkan statistik yang sama juga, separuh golongan wanita di Malaysia mempunyai pendidikan tinggi berbanding lelaki.

Maka, sudah tiba masanya wanita diberikan tumpuan dengan membahaskan keperluan kewangan mereka.

Buku ini menawarkan tujuh teknik penting dalam pengurusan kewangan, termasuklah menetapkan matlamat, menguruskan perbelanjaan dan pendapatan, serta merancang pelan persaraan. Selain itu, buku ini juga menjelaskan peranan takaful dalam perancangan kewangan dan strategi penting dalam pelaburan untuk memastikan jaminan kewangan pada masa hadapan terutamanya untuk wanita.

Dengan penekanan pada aspek penting dalam kehidupan wanita, seperti pengurusan harta pusaka dan perancangan pendidikan anak-anak, matlamat akhir buku ini adalah membawa pembaca, terutamanya wanita ke arah kebebasan kewangan.

Isi kandungan buku Wanita Bijak Mengurus Wang

Tentang Penulis

Penulis

Afyan Mat Rawi, IFP

AFYAN MAT RAWI merupakan seorang perunding bertauliah IFP, oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia.

Beliau sekarang adalah trainer dan perunding kanan di INFAQ Consultancy Sdn Bhd, yang beroperasi di Lembah Klang.

Beliau berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Media

Beliau selalu menerima jemputan untuk memberi perkongsian ilmu dalam bentu ceramah, bengkel atau seminar tentang perancangan kewangan.

Tulisan-tulisan beliau juga selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Majalah Labur, Prospek Hartanah Malaysia, The Vocket dan lain-lain.

Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Magnet Diri”, dan “Assalamualaikum”, “Maqasid Syariah” di TV Al-Hijrah, “Wanita Hari Ini”, “Syariah Meja Bulat” “Borak Kopitiam” di TV3, Bernama Radio dan Kool FM TV.

Beliau juga seorang penulis buku-buku kewangan, antara buku yang mendapat sambutan adalah seperti Buku BIJAK MERANCANG WANG #BukuBMW, Buku Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Duit, Buku Tersontot di Pintu Shorga dan BukuFIRE (FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY)

Penulis

Haslieyza Mutalib

Haslieyza Mutalib adalah graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan kini adalah Wakil Penasihat Kewangan (FAR) berdaftar dari Bank Negara Malaysia (BNM) di firma Philip Wealth Planner.

Beliau juga adalah Perancang Kewangan Syariah Berdaftar (Shariah RFP), Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).

Beliau mula berjinak dalam bidang penulisan bermula pada tahun 2022 sebagai penulis laman web dan media. “Wanita Bijak Mengurus Wang” adalah buku pertama penulis beliau.

PBAKL - PWTC 2024

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024

Sesi Temu & Tegur bersama penulis buku

DISCLAIMER: Tulisan  dalam Buku Wanita Bijak Mengurus Wang ini bukanlah khidmat nasihat kewangan. Pelanggan digalakkan dan dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat daripada perunding kewangan bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat secara khusus yang bersesuaian dengan kedudukan kewangan pembaca.

Pihak penulis dan penerbit sedaya upaya memastikan maklumat di dalam buku ini bertepatan ketika ia ditulis dan diterbitkan. Penulis dan penerbit tidak boleh dianggap memberi perkhidmatan nasihat kewangan kepada pelanggan. Pelanggan digalakkan mendapat khidmat nasihat daripada pakar yang berkelayakan dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul akibat penggunaan buku ini secara langsung atau tidak langsung.

© 2024 All Rights Reserved | www.Wanita.BukuBMW.com
INFAQ Consultancy Sdn Bhd